Khamis, 9 Oktober 2014



Teddy Bear Biru adalah kenangan aku...

Benarlah manusia adalah subjektif. Makhluk yang paling sempurna dimuka bumi ini. Masing-masing punya minat dan cerita sendiri. Begitu juga aku...

Bila orang berbicara tentang teddy bear di atas katil aku, hanya senyuman menghiasi. Pada aku hanya itulah kenangan untuk setiap yang aku simpan. Teddy bear biru di dalam foto ini adalah kenangan aku bersama kawan-kawan serumah di UiTM Shah Alam dulu....

Termasuklah teddy bear yang lain...namun dalam banyak-banyak yang kawan hadiahkan teddy bear biru ini adalah memori. Kami berlapan adalah housemates masa itu. Banyak kenangan suka duka yang dilalui semasa berada di Asrama Puncak Perdana....kini kami tidak bertemu lagi, kekangan masa memisahkan kami semua...

Hadiah ini adalah kali pertama dan terakhir sebelum aku meninggalkan UiTM Shah Alam. Kerinduan bermaharajalela kerana kami seperti sebuah keluarga. Masa tu hari lahir aku, mereka membelikan sebiji kek perasa oren...mereka menanti untuk menyambut hari yang bermakna untuk aku...

Percayalah aku tak pernah sekali melupakan detik itu...memang aku terkesan dengan apa yang berlaku dan apa yang diberikan. Jika kita semua dapat bertemu lagi, aku pasti akan memeluk kalian. Melepaskan rasa hati yang lama tersimpan...


Aku dan Kerjaya

Aku hanya manusia biasa seperti orang lain. Pada mulanya aku fikir kehidupan aku adalah menjadi gadis kampung selamanya. Namun Allah SWT itu sentiasa membuka ruang untuk semua manusia yang ingin berubah. Kali pertama aku berfikir ingin menjadi salah seorang penyampai radio mungkin agak mustahil. Akhirnya aku percaya memang aku telah ditakdirkan menjadi salah seorang ahli keluarga dunia penyiaran.

Setiap kali aku menemubual ahli akademik mahupun penulis novel dalam segmen aku, ada satu perasaan menjalar dalam diri. Aku ingin menjadi seperti mereka. Namun aku masih jauh untuk mengapai apa yang mereka miliki kini. Kekaguman tidak dapat aku tepis jauh kerana itu adalah lumrah yang bermain di hati nurani aku. Aku paling suka membaca berita pada pukul 1 petang setiap hari Jumaat. I LOVE MY JOB...