Isnin, 15 Disember 2014


KEK HARI LAHIR


Selamat Ulang Tahun Ke-23. Sebenarnya nak wish banyak perkara tapi tak berkesempatan ruang. Kadang-kadang memang sedih dalam mempertahankan apa yang dijaga selama bertahun-tahun lamanya. Kek ini aku buat sendiri malam hari lahir dengan sabar sebagaimana kesabaran aku dalam menepis halangan yang mendatang selama ini. 

Aku memang suka hias kek sebenarnya. Tapi selalu saja tidak ada masa untuk menumpukan perhatian dalam bidang ni. Amatur pun amaturlah kan. Memang kek ni aku buat khas untuk dijadikan simpanan dan hiasan sebagai kenangan. Mungkin masa yang berlalu tidak dapat diulang kembali tetapi hari depan perlu menjanjikan yang lebih baik.

Dalam persahabatan perlu mempunyai kesabaran, keihlasan, kepercayaan yang merajai diri baru segalanya akan menjadi baik. Namun kehidupan tanpa cabaran, tanpa onak bukanlah kehidupan. Kadang-kadang keterlaluan boleh mengguris sesuatu yang dijaga dengan baik. Tak tahu di mana silapnya kadang-kadang.

Tapi bila dua item telah bertukar tangan rasa macam ringan sikit. Bukan senang aku sendiri nak turun padang buat kek hari lahir. Aku hanya inginkan sesuatu yang bermakna untuk dikenang. Aku mahu segalanya menjadi ingatan yang mampu memberikan senyuman. Aku mahu memori ini terakam dengan baik di lubuk ingatan,..SELAMAT HARI LAHIR...dan lagu seterusnya ditujukan khas sempena hari lahir ke-23.





BBM 3410 KALIMAT TERAKHIR

Kalimat terakhir,
berlagu sedih
meratap sunyi bila masa tidak mengizinkan
kadang tertanya mengapa ia datang
benar sekali masa itu emas
mencemburui kita yang terlalai

Kalimat terakhir,
hanya yang terindah buat semua
jangan pergi
kerana kerinduan itu pasti
menjegah sanubari nan lemah
dan bersua dalam masa sempit ini

Dr. Nott minta Kalimat Terakhir di entri setiap pelajarnya. Sebenarnya aku faham entri ini adalah tugasan yang penghabisan. Bermakna aku akan meninggalkan subjek BBM3410 dengan penuh kenangan. Sedih juga sebab terlalu banyak yang dilalui sepanjang 14 minggu ini. Percayalah aku pasti rindu masa-masa yang berlalu ini. Aku memang tak matang tetapi bukan semestinya aku tak mampu melakukan apa yang orang lain buat. Ahli URK Production very understanding me. Aku pun tak tahu berapa banyak masalah, pergolakan untuk setiap kali cuba mendapatkan yang terbaik dalam video yang dihasilkan. Tapi aku tahu apa yang Dr.Nott nak sampaikan adalah ilmu untuk memudahkan anak pelajarnya mendapat tempat di pasaran kerja. Kalimat terakhir yang ingin aku katakan adalah, doa aku semoga Dr. Nott akan menjadi seorang yang bergelar Profesor. Bagi aku dia adalah pensyarah yang memikirkan masa depan anak didiknya. Mendidik dalam senyap, memudahkan perjalanan kejayaan seorang yang bergelar pelajar... walaupun pada mulanya, masa tak kenal dia aku anggap garangnya, takutnya, dan macam-macam la. Tak kenal maka tak cinta kan. :-)




Ahad, 14 Disember 2014


BBM 3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Letih tangan mengambil gambar. Deman kora gak la shutter camera Nikon tersayang. Ni memang cabaran la sikit sebab semuanya kena buat sendiri. Tapi tak apa la, kita belajar perkara baru. Memang bila tengok kat youtube rasa mustahil untuk melunaskannya tapi hakikatnya berjaya juga siapkan walaupun tak berapa nak confident. Lain kali boleh buat lagi kan. :-)


                                          BBM 3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA 

Antara banyak-banyak video yang URK Production buat, video ini paling mencabar sekali. Dua kali baru menjadi. Salah aku la, pergi delete video. Maklumlah tengah demam masa tu, otak pun macam biul sikit. Nak dapat rumah pun susah. Tak tahu berapa kali draf surat. Huhuhu...akhirnya dapat la juga. Watak dalam cerita ini pun macam berat jer. Memang berat la nak berlakon pun sebenarnya. Untung dapat group members yang sempoi. :-)


                                          BBM 3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Ini adalah kenangan juga la. Video tragedi ni buat lepas Video Seram tapi dibentangkan dulu kat dalam kelas. Baju aku yang dipakai, berdarah bagai ni dah tak dapat balik. Huhuhu...sedihnya. Tertinggal kat dalam Bilik Asraf, akak cleaner tu ambik. Dia takut sangat. Tapi parang potong daging tu ada la. Sekali dengan brooch bunga reben pergi dengan baju ni...terkubur dalam tong sampah. Video ni juga dibuat secara tergesa-gesa. Maklumlah nak kejar kelas pukul 4. Tapi hasilnya agak baik la kan...siap ada air laici lagi masa shooting citer ni. :-)



                                         BBM 3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Video cincin ini adalah yang ketiga. Tanpa wajah la sangat kan. Bukan apa sebab pelakon tu hot sangat. Ada yang menjiwai watak siap menangis. Maklumlah Pudin bunuh diri dalam cerita ni. Pagi tu boleh tahan excited gak la aku masak darah untuk nak bagi nampak real. Hari yang sama juga kalendar aku siap. Lepas habis jer shooting video ni. Aku pergi dengan group kat kedai kalendar tu. Nak dijadikan cerita punya excited nak present video ni, sekali Ijad datang lewat sikit jer. Dah tak boleh bentang. Jalan jammed macam jem roti jer kalau pagi-pagi. Tak pasal Ijad kena berlakon cinta kampus dengan Vanistry. Lembut juga hati Dr. Normaliza kan. Present last sekali pun tak apa lah. Asal Dr. tahu besar mana effort kumpulan kami untuk setiap kerja yang diberikan. :-)


                                            BBM 3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Gerenti Beres ini adalah tugasan video pertama untuk subjek BBM 3410. Masa nak buat video ni agak penat juga la. Pusing-pusing satu Putrajaya sebab nak dapatkan tempat yang view dia cantik. Ajak la ahli kumpulan URK Production yang sporting belaka ni pergi Astaka Morocco. Banyak dugaan la juga masa nak siapkan video ni. Ada pula yang duk berjoging bagai asyik dul lalu lalang. Kaki macam nak demam sebab pakai wedges. Balik pun tergesa-gesa sebab nak pergi berlakon Drama pula malamnya. Tapi alhamdulillah berkat kerjasama group video berjaya dihasilkan dengan baik. Apa yang penting pada aku adalah effort dan kerjasama. :-)

Khamis, 9 Oktober 2014



Teddy Bear Biru adalah kenangan aku...

Benarlah manusia adalah subjektif. Makhluk yang paling sempurna dimuka bumi ini. Masing-masing punya minat dan cerita sendiri. Begitu juga aku...

Bila orang berbicara tentang teddy bear di atas katil aku, hanya senyuman menghiasi. Pada aku hanya itulah kenangan untuk setiap yang aku simpan. Teddy bear biru di dalam foto ini adalah kenangan aku bersama kawan-kawan serumah di UiTM Shah Alam dulu....

Termasuklah teddy bear yang lain...namun dalam banyak-banyak yang kawan hadiahkan teddy bear biru ini adalah memori. Kami berlapan adalah housemates masa itu. Banyak kenangan suka duka yang dilalui semasa berada di Asrama Puncak Perdana....kini kami tidak bertemu lagi, kekangan masa memisahkan kami semua...

Hadiah ini adalah kali pertama dan terakhir sebelum aku meninggalkan UiTM Shah Alam. Kerinduan bermaharajalela kerana kami seperti sebuah keluarga. Masa tu hari lahir aku, mereka membelikan sebiji kek perasa oren...mereka menanti untuk menyambut hari yang bermakna untuk aku...

Percayalah aku tak pernah sekali melupakan detik itu...memang aku terkesan dengan apa yang berlaku dan apa yang diberikan. Jika kita semua dapat bertemu lagi, aku pasti akan memeluk kalian. Melepaskan rasa hati yang lama tersimpan...


Aku dan Kerjaya

Aku hanya manusia biasa seperti orang lain. Pada mulanya aku fikir kehidupan aku adalah menjadi gadis kampung selamanya. Namun Allah SWT itu sentiasa membuka ruang untuk semua manusia yang ingin berubah. Kali pertama aku berfikir ingin menjadi salah seorang penyampai radio mungkin agak mustahil. Akhirnya aku percaya memang aku telah ditakdirkan menjadi salah seorang ahli keluarga dunia penyiaran.

Setiap kali aku menemubual ahli akademik mahupun penulis novel dalam segmen aku, ada satu perasaan menjalar dalam diri. Aku ingin menjadi seperti mereka. Namun aku masih jauh untuk mengapai apa yang mereka miliki kini. Kekaguman tidak dapat aku tepis jauh kerana itu adalah lumrah yang bermain di hati nurani aku. Aku paling suka membaca berita pada pukul 1 petang setiap hari Jumaat. I LOVE MY JOB...

Ahad, 6 Julai 2014




Kucing dan Aku

Sejak kecil memang aku suka bermain dengan kucing. Pada aku kucing mempunyai keistimewaan tersendiri. Kucing sangat comel dan manja dengan manusia. Sebenarnya haiwan ini sangat memahami perasaan manusia. Kadang-kadang kucing boleh rasa perasaan tuan dia, sama ada sedang bersedih atau sebaliknya. Sampai hari ini aku masih suka bermain dan bermanja dengan kucing. Apabila di kampus, semua ini agak terhalang.